Guru
tersebut ialah Ustaz Abu Bakar@Ali bin Omar yang telah berjaya menamatkan
pengajiannya di Darul Musthofa, Hadramaut, Tarim, Yaman selama empat tahun dan
telah terlibat dalam bidang hafiz selama tujuh tahun. Seterusnya ialah Ustaz
Abdul Azim bin Adnan yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di Darul Quran
dan akan melanjutkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dalam
bidang Sains Biologi.
Seorang
lagi guru tambahan ialah Ustaz Mohd Afif Bin Nasaruddin yang sedang dalam
bercuti daripada pengajiannya di Darul Musthofa, Yaman . Di dalam kesempatan
ini beliau telah bersetuju untuk meluangkan masanya untuk berkhidmat dengan
pihak Institut.
Institut
Tahfiz Bandar Tasik Puteri telah mula beroperasi pada 6 Januari tahun 2008
bersamaan dengan 27 Zulhijjah 1428H.
Institut ini menerima pelajar
yang ingin menghafal Al-Quran sama ada secara sepenuh masa sahaja. Yuran
pelajar sepenuh masa ialah RM250 sebulan.
Manakala
yuran yang telah dipersetujui untuk kelas Intensif Al-Quran ialah RM100 &
kelas Quran pada waktu malam ialah RM 30 sahaja sebulan.
Maklumat lebih lanjut ( klik Di SINI )